Daging Bungkus

Ramuan / Bahan

500 gm daging, dipotong kecil atau dicincang
5 biji telur
2 camca kacang pis
2 camca besar sos tomato
2 camca besar soso tiram
1 camca besar kicap pekat
2 camca teh tepung jagung
½ cawan air Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak

Bahan-bahan kisar:
8 tangkai cili merah
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga kuning. Masukkan daging. Apabila daging masak masukkan kacang pis, sos tiram, sos tomato, kicap, tepung jagung, garam, gula serbuk perasa dan air. Kacau hingga sebati. Apabila kuah pekat baru diangkat. Sejukkan. Pukul telur hingga kembang dadarkan. Setelah siap bentang telur dadar dan bubuh daging di dalamnya. Bungkus rapat supaya inti tidak terkeluar.