Daging Anak Lembu

Ramuan / Bahan

180 gm daging anak lembu bersama-sama dengan tulang
100 tulang anak lembu
50 gm bawang besar (dipotong kiub)
20 gm lobak merah
20 gm leek (dipotong kiub) 10 gm tomato
40 gm kentang (direbus)
10 gm bawang putih
10 gm bawang kecil
5 gm thyme, rosmerry (dicincang)

Cara-cara

Gaul daging anak lembu bersama garam dan lada sulah. Panaskan kuali dan goreng daging anak lembu ke dalamnya sehingga menjadi perang, dan masukkan ke dalam oven selama 10 minit. Setelah itu, goreng bawang besar, lobak merah, leek dan tomato. Tuangkan air rebusan ayam ke dalam kuali dan rebus hingga mendidih. Tapis air rebusan itu tadi dan panaskan sehingga ia menjadi pekat. Sapukan minyak pada bawang putih, bawang kecil dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam oven sehingga masak. Hiriskan kentang menjadi satu bulatan yang bulat. Letakkan kentang itu tadi di atas pinggan. Aturkan bawang kecil dan bawang putih di sekeliling pinggan dan letakkan daging anak lembu di atas kentang. Tuangkan sos di atas pinggan dan sedia untuk dimakan.