Daging Ambon

Ramuan / Bahan

1 kg daging paha
3 helai daun salam
1 batang serai, dititik
3 sm lengkuas, dititik
200 cc santan, daripada sebiji kelapa
Minyak untuk menggoreng 1 camca sedang ketumbar
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 camca hirisan gula melaka
Giling kesemuanya

Cara-cara

Rebus daging bersama daun salam, serai dan lengkuas hingga empuk. Kemudian potong daging memanjang 4 sm. Siat-siat daging hingga halus. Kemudian tumbuk perlahan-lahan.Satukan daging, bahan-bahan giling dan santan. Gaul rata dan biar 15 minit. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging hingga kuning. Kemudian angkat. Masukkan daging di dalam ketuhar 10 minit. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam botol kedap udara.