Daging Masak Halia Bijan

Ramuan / Bahan

600 gm daging (dihiris nipis)
1 sudu rempah lima
1 sudu minyak bijan
1 sudu minyak masak
1 inci halia (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Daun Kucai (Sup)/Spring Onion
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit Air, Kicap Cair, Kicap Pekat
Gula dan sedikit garam (jika perlu)

Cara-cara

Daging dihiris nipis dan perap dengan rempah lima, halia dan bawang putih selama 1/2 jam.

Panaskan minyak masak dan minyak bijan.
Masukkan daging dan gaul hingga air keluar daripada daging tersebut. Kemudian bubuh kicap cair dan pekat, gula dan garam jika perlu. Setelah daging hampir masak masukkan tepung jagung yang dicampurkan dengan sedikit air. Setelah kuah pekat masukkan daun sup/spring onion dan gaul sekejap dan barulah diangkat.