Ramuan / Bahan

Bahan:
600 g tepung gandum
4 biji kentang
8-10 batang sosej ayam/daging
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
daun bawang dan sup
garam
rempah kari(jika suka)
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

-Kentang di hiris seperti "fries" tetapi kecil dan nipis atau di parut kasar.
-Sosej dipotong serong ,tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis
-Bawang besar dicincang, bawang putih tumbuk halus
-Gaul tepung, garam, kentang, bawang dan garlic bersama air hingga mendapat adunan yang lembut seperti membuat cucur biasa. masukkan daun bawang dan sup dan gaul rata
-Jika suka boleh ditambah sesudu rempah kari dan digaul rata
-Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga garing