Cili Berisi Daging

Ramuan / Bahan

250 gm cili merah dan hijau
500 gm daging cincang
5 biji kentang, digoreng dan dilenyek
Minyak untuk menggoreng
1 biji kuning telur Bahan-bahan dikisar:

4 biji buah keras
½ camca teh lada sulah
1 camca teh ketumbar
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Sedikit garam

Cara-cara

Cili dibelah tengah dan dibuang bijinya.

Gaul daging bersama kentang dan rempah kisar.

Kemudian sumbat ke dalam cili hingga penuh.

Celup ke dalam telur lalu digoreng hingga kuning.