Bergedil Daging Sedap

Ramuan / Bahan

3 biji kentang (dikupas)
Segenggam daging cincang
1 biji bawang besar (didadu halus)
1 ulas bawang putih
2 helai daun bawang
Tepung jagung
Telur putih (dipukul)
Garam
Serbuk perisa

Cara-cara

1. Kentang direbus hingga lembut, angkat dan tos

2. Lecek dengan garpu dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur putih.

3. Bulat-bulatkan adunan

4. Pukul telur putih dengan secubit garam dan perisa hingga berbuih

5. Panaskan minyak

6. Celupkan kepalan itu ke dalam telur putih dan goreng hingga kekuningan