Biskut Oat

Ramuan / Bahan

2 cawan gula halus
1 cawan gula perang
½ cawan minyak
3 biji telur
1 camca teh esen vanila 1 cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
½ camca teh garam
4 cawan oat
1 cawan kelapa parut kering

Cara-cara

Satukan secawan gula halus, gula perang dan minyak. Putar hingga sebati.

Masukkan telur dan esen vanila, putar lagi. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik dan garam, putar hingga menjadi adunan lembut.

Masukkan oat dan kelapa parut kering, kaacau rata. Bentukkan bebola 2 cm dan golekkan pada baki gula. Bakar selama 10 minit pada suhu 175 darjah Celcius.