Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Bergedil Daging Istimewa

Ramuan / Bahan

5 biji kentang
300gm daging cincang
bawang besar- dimayang halus
cili merah- dimayang halus
daun sup- dimayang halus
garam
sedikit lada sulah
telur

Cara-cara

Goreng kentang sehingga kekuningan. Kemudian kentang dilecek. Masukkan daging, bawang besar, cili merah, daun sup, garam dan lada sulah.
Bulatkan adunan. Kemudian celup dengan telur. Goreng hingga kekuningan.