Bergedil Daging

Ramuan / Bahan

1 kg Kentang (dihiris dan digoreng)
150gm daging cincang
2 tangkai daun sup (dimayang)
2 tangkai daun bawang (dimayang)
2 sudu besar bawang goreng
1 biji telur
1 sudu rempah sup
Garam dan serbuk perasan secukupnya

Cara-cara

Kentang ditumbuk lumat dan digaul bersama daging cincang, daun sup, daun bawang, bawang goreng, rempah sup dan sedikit garam dan serbuk perasa dan digaul sehingga rata. Kepal-kepalkan kentang menjadi bulat dan dicelup didalam telur dan di goreng sehingga garing. Apabila sudah garing bolehlah dihidangkan.