Bergedel Jangan Cemburu

Ramuan / Bahan

1 kg ubi kentang -digoreng dan tumbuk
½ kg daging- ditumbuk halus
3 ylas bawang merah -ditunbuk halus
3 ulas bawang putih-ditumbuk halus
1 biji buah pala-ditumbuk halus 2 pokok daun sup-dihiris halus
2 pokok daun bawang-dihiris halus
100 gm bawang goreng
4 biji telur

Cara-cara

Kentang dibersihkan, buang kulitnya, dihiris nipis dan digoreng hingga empuk, kemudian dilecek. Campurkan kentang yang telah dilecek bersama daging cincang dan gaul hingga sebati. Kemudian campurkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan bahan tumbuk. Uli hingga kesemua bahan sekata dan boleh dibentuk. Bentukkan adunan begedel seperti bebola dan leperkan setebal 1 cm. Celupkan bergedel tadi dalam telur yang telah dipukul sedikit. Kemudian goreng hingga keperang-perangan.