Bergedel Goreng

Ramuan / Bahan

125 gm daging cincang/kisar
5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya)
2 camca mentega
Garam & lada sulah secukup rasa
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing) 1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji kuning telur
½ camca buah pala parut
Sedikit serbuk perasa
Putih telur dari 1 biji telur
Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa

Cara-cara

Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca.Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa. Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega selebihnya dengan kentang yang telah dilecek. Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak & putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola & leperkan sedikit.Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu dalam putih telur & gorengkan.Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan panas-panas dengan nasu putih & masakan-masakkan lain.