Bergedel Dalam Kuah Tomato

Ramuan / Bahan

Lemak untuk menumis

Bahan Bergedel :
1 kg daging lembu kisar/cincang
30 gm serbuk roti
4 labu besar bawang (diparut)
5 batang hijau (dicincang halus)
Garam & lada sulah secukup rasa
½ cawan daun pudina yang telah dicincang
2 biji telur (dipukul sedikit, untuk membalut) Bahan kuah :
1 camca ketumbar giling
2 camca halia giling
2 camca lada hijau giling
2 labu bawang besar (diparut)
1 ulas bawang putih (dititik)
2 labu bawang besar (dihiris tebal bulat-bulat)
2 batang lada merah (dibelah dua memanjang & dibuang bijinya)
1 kg tomato masak (dibuang kulitnya & dicincang)
1 cawan air panas
garam & lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Untuk membuat bergedel:
Gaulkan semua bahan rata-rata & ketepikan selama 1/2 jam. Bentukkan bulat-bulat,sebesar 4 cm.garispusatnya.Pijarkan lemak & goreng dengan berhati-hati hingga garing.Ketepikan Dalam lemak yang sama,masukkan ketimbar dan goreng selama 2 minit. Masukkan bahan tumbuk,bawang parut & bawang putih.Masakkan selama 1 minit.Kecilkan api.Masukkan bawang hiris. Lada merah, & tomato.Masak dengan sehingga bawang layu. Kemudian masukkan air & serbuk perasa.Masak dengan bertutup , selama lebih kurang 20-30 minit. Angkat dari atas api,sesuaikan rasanya & h9idangkan panas-panas denfgan nasi putih.