Bergedel Daging

Ramuan / Bahan

500 gm daging cincang
5 biji ubi kentang
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji telur
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan dimayang:
4 tangkai daun bawang
4 tangkai daun saderi
4 biji bawang merah

Cara-cara

Rebus kentang dan dilecek lumat. Gaul semua bahan kecuali minyak dan telur hingga rata. Bulat-bulatkan dan leperkan. Celup dalam telur yang dipukul dan goreng.