Bergedel Cantik Manis

Ramuan / Bahan

400 gm daging lembu
4 ulas bawang merah
1 biji telur (dipukul hingga kembang)
Sedikit serbuk buah pala Serbuk lada hitam
Serbuk jintan manis
Garam
2 pokok daun sup & daun bawang

Cara-cara

Daging dibersihkan & dikisar. Bawang merah digiling bersama serbuk pala, lada hitam, serbuk jintan manis hingga lumat. Daun sup & daun bawang dimayang halus, kemudian gaulkan bahan-bahan yang digiling tadi bersama daging kisar.
Bulat-bulatkan adunan ini sebesar ibu jari. Panaskan minyak & celupkan bebola daging ini ke dalam telur & goreng. Setelah kuning angkat & cucukkan pada lidi ketika hendak menghidangkannya.