Ayam Masak Sumatera

Ramuan / Bahan

bahan A:
5 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
½ inci halia
ayam 1 ekor dipotong kecil
1 packet kecil serbuk kari adabi
3 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
2 sudu cili kering kisar atau cili giling
1 sudu gula
½ sudu garam mesin
4 cawan air

Cara-cara

tumbuk bahan A(nak kisar pom bole)
panaskan minyak masak
tumiskan bahan A sehingga naik bau..masukkan cili giling atau cili kering.
tumiskan sehingga garing lepastu masukkan gula 1 sudu. bancuhkan perencah kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. biarkan sehinggan perencah kari masak dan pecah minyak. masukkan ayam dan biarkan selama beberapa minit. masukkan air, tunggu mendidih dan ayam masak. masukkan garam dan daun limau purut. kalo nak pekat biarkan lama siket. lagi pekat lagi sedap.