Ayam Masak Sos Tiram (simple)

Ramuan / Bahan

4-6 ketul Ayam
Sos Tiram
Gula
Garam (optional)
Bawang Merah
Bawang Putih
Kiub Pati Ayam
Lada
Bunga Lawang, Kayu Manis, Cengkih (optional)

Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lada yang dah dihiris ke dalam minyak panas.

2. Masukkan kiub pati ayam & rempah-rempah seperti bunga lawang, kayu manis & cengkih ke dalam tumisan.

3. Bila dah naik bau, masukkan sos tiram. Kacau hingga rata.

4. Masukkan ayam & gaulkan. Tutup kuali dengan penutup supaya ayam cepat masak & kuah terhasil daripada proses pengewapan tersebut.

5. Biarkan beberapa minit. Masukkan gula & garam secukup rasa.

6. Tutup balik kuali & biarkan sehingga ayam betul-betul masak.