Ayam Masak Sambal

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam, dipotong 14
20 gm cili boh
15 gm puri tomato
250 gm santan, daripada sebiji kelapa
½ cawan air asam jawa
15 gm gula
70 gm minyak makan
Garam secukupnya Bahan-bahan dikisar:
5 ulas bawang putih
4 sm lengkuas
1 batang serai
2 sm belacan
4 biji bawang merah

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili boh. Kacau hingga garing. Masukkan ayam, gula, garam dan puri tomato. Kacau hingga sebati. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Masak hingga pekat.