Ayam Masak Rus

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (1.2 kg) dibelah dua
1 tin sup tomato
1 tin kacang peas
1 biji kelapa
4 labu bawang merah
2 batang serai 1 keping halia
3 sudu besar cili mesin
3 sudu besar minyak makan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk bawang merah dan halia. Titik serai. Gaul ayam dengan cili mesin dan garam. Ketepikan. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan halia. Masukkan santan dan serai. Kacau selama 5 minit. Masukkan sup tomato. Biarkan mendidih. Masukkan kacang peas dan kacau. Masukkan gula jika suka. Apabila kuah pekat, angkat.