Ayam Masak Merah bersantan

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan
bahan untuk dikisar
20 cili merah(buangkan bijian)
20 gm halia
20 gm bawang putih
300gm bawang merah
10gm serai
40gm bawang besar
30 gm serbuk cili kering
10 gm serbuk jintan putih
10 gm serbuk jintan manis
10 gm serbuk kunyit
100gm minyak sapi
150gm minyak masak
garam secukup rasa
3 kepingan asam gelugor
2 batang kayu manis 200gm santan(pekat)
1.0kg ayam dipotong 8 bahagian.Gaul dengan serbuk kunyit dan garam(sedikit) rendam selama 5min dan digoreng separuh masak.
bahan dikisar
20 gm badam(buangkan kulit)
10 gm jangus
10 gm krismis
2 helai daun pandan
sedikit daun pudina
20gm yourgat(thiru susu masin)
1 tin tomato soup
½ (medium) tomato puri

Cara-cara

cara
jangan panaskan kuali sebelum masukkan bahan-bahan.
masukkan bahan-bahannya: minyak sapi,minyak masak, 2 batang kayu manis,cili,halia,bawang merah dan bawang putih(yang dikisar),serbuk cili kering,jintan putih,jintan manis,serbuk kunyit,serai,bawang besar dan gaul semua bahan dan masak sehingga pekat.masukkan tomato soup,tomato puri,masukkan ayam digoreng, daun pandan.gaul dengan perlahan.biarkan selama 5min.campurkan bahan yang dikisar (badam,jangus dan krismis),susu masin dan santan,3 keping asam gelugor,daun pudina dan garam secukup rasa.biarkan cukup pekat.