Ayam Masak Merah Bernenas

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam sederhana besar
20-30 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah ros
2 labu bawang besar - sederhana besar
5 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 inci halia muda
5 batang serai
5 ulas buah keras
1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
1 mangkuk jus nenas - dari ½ biji Nenas masak
Gula secukup rasa
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan ditos.Mesin cili kering bersama bawang merah,bawang besar
bawang putih dan halia.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dimesin,biarkan seketika hingga tumisan pecah minyak.
Ketuk serai dan lengkuas,masukkan ke dalam cili tumis tadi.

Biarkan di atas api sederhana.Kemudian masukkan ayam dan kacau rata,biarkan air ayam keluar barulah dimasukkan jus nenas,gula garam dan serbuk perasa.Biarkan ia mereneh barulah dimasukkan pati santan dan buah keras yang telah ditumbuk halus.

Masakan ini boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing,jika ingin manis lebihkan gula,jika ingin lebih pedas boleh lebihkan cili kering.

Ianya sesuai dimakan bersama sebarang jenis nasi dan roti. Selamat mencuba!