Ayam Masak Merah Berempah Kari

Ramuan / Bahan

6 ketul ayam
1 sudu kecik serbuk kunyit
Kayu Manis
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Ketumbar
Garam Secukupnya
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 cawan sos tomato
Minyak Secukupnya
Bahan A
2 biji Bawang Merah (Dikisar)
2 biji Bawang Putih (Dikisar)
1 inci Halia (Dikisar)
1 sudu besar cili boh

Bahan B
2 biji Bawang Merah (Dihiris)
2 biji cili merah (Dihiris)

Cara-cara

Ayam dilumur dengan kunyit dah ketumbar yang ditumbuk. Kemudian goreng hingga garing. Setelah garing, asingkan di dalam pinggan.

Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, tumis Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih hingga naik bau. Setelah naik bau, masukkan bahan A. Tumis hingga naik minyak. Kemudian masukkan serbuk kari, sos tomato dan garam. Kacau hingga sebati. Setelah sebati masukkan ayam yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau dah akhir sekali masukkan bahan B. Kacau untuk 2 minit dan kemudia bole dihidangkan.