Ayam Masak Merah Berempah

Ramuan / Bahan

Bahan-bahannya:-
1 bili bawang besar (dikisar)
1 biji bawang besar (dihiris)
6 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
20 batang cili kering
2 biji buah keras
1 biji serai (dititik)
3 biji buah tomato (dikisar)
1 sudu besar tomato sos
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk ketembar
sedikit serbuk jintan
daun ketumbar
1 ekor ayam dipotong 10 bahagian dicuci dan digoreng separuh masak bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.

Cara-cara

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang dimayam sehingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai kemudian digoreng sehingga garing. Masukkan buah tomato yang telah dikisar tadi dengan sedikit garam dan sedikit gula. Masukkan sedikit tomato sos. Gaul rata dan masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Sebatikan ayam bersama rempah tadi dan akhir sekali masukkan sedikit daun ketumbar.