Ayam Masak Lemak Dengan Kacang Panjang

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam - di potong kecil-kecil
10 batang kacang panjang - di potong 2 inci- menyerong
15-20 biji cili padi ]
2 batang serai ] di kisar
sedikit halia ]
3 ulas bawang merah ]
3 cawan santan pekat
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit air
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

Ayam di potong kecil-kecil dan di basuh bersih. Dalam kuali, masukkan bahan yang telah di kisar tadi bersama-sama ayam dan 1 cawan santan dan sedikit air.

Masakkan sebentar. Bila telah 1/2 masak masukkan kacang panjang, garam, serbuk kunyit (agak-agak)serbuk perasa dan lebihan santan tadi. Masak lagi sehingga ayam tersebut masak dan kuah kering sedikit dan bolehlah di angkat.