Ayam Masak Lemak

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
3 biji cili merah
2 batang serai
1 labu bawang besar
1 keping asam gelugur 1 ¼ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk ( 1 biji diambil santan, ¼ biji dijadikan kerisik)
20 biji cili api atau cili kering yang pedas
2.5 sm kunyit hidup
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam dipotong sesuka hati. Cili api, cili merah dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat, serai dititik dan bawang besar dimayang halus. Masukkan ayam dan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk, bawang yang telah dimyang, serai dan santan. Masaklah hingga mendidih. Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisik, kacau hingga rata. Bila ayam telah empuk, masukkan garam secukup rasa.