Ayam Masak Lada Hitam Sayang Selalu

Ramuan / Bahan

Ayam ( kerat 12 )
Minyak ( untuk menggoreng ayam )
Lada hitam ( tumbuk / kisar )ikut pedas yg kita nak.
Cili Padi ( 20 ulas / kisar )
Bawang Merah ( 10 ulas /kisar )
Bawang Putih ( 8 ulas /kisar )
Halia (3 inchi / kisar )
Kunyit Hidup ( 2 inchi / kisar )

Bawang besar ( 1 biji / hiris bulat )
Daun Bawang ( racik )
Garam
Gula Melaka ( seracik )
Asam Keping ( 2 keping )
Air setengah Cawan

Cara-cara

1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam dan goreng , kemudian biarkan ia seketika.
2.Kemudian panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang telah dikisar tadi,tumiskan sehingga ia benar-benar garing dan masak.
3.Masukkan garam sesedap rasa, masukkan setengah cawan air tadidan gula melaka biar ia mendidih dan pekat.
4.Selepas kuah tadi agak pekat masukkan 2 keping asam keping dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
5.Gaul sebati dan taburkan hirisan bawang besar tadi serta daun bawang dan ia sudah sedia untuk dihidangkan.