Ayam Masak Lada Hitam Halia

Ramuan / Bahan

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu sos ikan
Gula secukup rasa
3 sudu besar gula pasir
½ ekor ayam dipotong kecil
300g halia muda dihiris

Cara-cara

1) bawang putih,bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.

2) masukkan gula pasir ke dalam periuk dan masak dgn api yg perlahan sehingga gula tadi menjadi sedikit hangus(warna keemasan)

3) masukkan bahan yg telah di tumbuk tadi ke dalam periuk

4) masukkan sos ikan dan secubit garam(jgn terlalu banyak kerana sos ikan sudah masin)

5) masukkan daging ayam yg telah dibersihkan dan di biarkan selama 20 minit

6) setelah ayam tadi empuk masukkan halia muda yg telah dihiris nipis
7)setelah halia sedikit layu padamkan api