Ayam Masak Kuzi

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
2 biji telur ayam
4 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
½ sudu jintan pedas
2 kuntum bunga pikat
10 batang cengkih
10 biji buah pelaga
10 sen lada sulah
2 batang kulit kayu manis 1 cawan susu cair
1 cawan tomato sos
10 sen halia
1 labu bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang daun sup untuk menghias
2 biji buah tomato
4 biji lada merah dibelah-belah
2 cawan minyak kelapa
1 senduk minyak sapi

Cara-cara

Keluarkan semua isi dalam perut ayam sehingga bersih. Jangan dipotong. Buangkan lehernya. Kemudian dicucuk kulitnya dengan garpu supaya tidak mengelembung. Halia digiling dengan sedikit garam dan dua ulas bawang putih kemudian dilumur pada ayam tadi. Masukkan minyak kelapa dan minyak sapi ke dalam kuali. Apabila panas masukkan ayam, digoreng hingga kuning. Telur direbus kemudian masukkan ayam, digoreng sama. Setelah kuning baru diangkat. Rempah-rempah digiling hingga lumat. Kemudian tumiskan. Masukkan susu, tomato sos, garam dan serbuk perasa. Kacau rata-rata, baru masukkan 3 cawam air. Masukkan semula ayam tadi ke dalam kuali atau periuk dengan dua biji telur yang sudah digoreng ke dalam perutnya. Balikkan sehingga likat betul-betul baru diangkat di hiaskan untuk dihidang.