Ayam Masak Kunyit

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong sesuka hati)
2 btg serai (ketuk)
1 sudu besar cili blender atau pakai 4 cili hidup pun boleh. (kisar bersama bwg)
1-2 sudu makan kunyit serbuk (ikut kesukaan warna kuningnya)
2 keping kecil asam gelugor
minyak masak
bahan perasa:garam, ajinomoto, gula
air

((dikisar))
2 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
halia 2 potong (sebesar ibujari setiap satu)

Cara-cara

Ayam yang telah dipotong, buang kulit dan dicuci, gaul dengan sedikit kunyit dan garam. ketepikan. Panaskan minyak masak, tumis serai sehingga naik bau. kemudian tumiskan bahan kisar sehingga keluar minya. kemudian masukkan cili blender atau cili hidup. gaul rata. masukkan ayam dan gaul lagi.Kemudian masukkan air ikut suka,jika ingin masakan ini banyak kuah atau sederhana terpulang banyak airnya. Yang penting ayam masak dan kuah keluar minyak. Jgn lupa masukkan asam dan bahan perasa.