Ayam Masak Ketumbar

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong lapan)
1 biji kelapa
5 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk kunyit
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Gula 1 inci halia
3 batang serai
1 cawan minyak masak
1 keping asam
2 biji lada merah atau lada hijau
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara

Ketumbar, jintan, bawang merah, bawang putih, halia, dikisar dan serai dititik. Jerang periuk dan masukkan minyak hingga panas. Masukkan serai dan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan rempah yang dikisar dan tumis hingga garing. Masukkan santan cair dan asam keping serta ayam. Setelah mendidih masukkan santan pekat, garam, gula serta lada merah dan lada hijau. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.