Ayam Masak Ketumbar

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam dipotong ikut suka
1 camca sedang gula
3 batang serai, dititik
½ cawan air asam jawa
Garam secukupnya
1 cawan minyak
Sedikit air Bahan-bahan digiling:
2 camca sedang ketumbar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 sm kunyit hidup
1 camca teh jintan putih
6 biji bawang merah
1 sm lengkuas

Cara-cara

Gaul ayam bersama bahan-bahan giling, gula, air asam jawa dan serai. Perap dalam masa sejam. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan ayam, garam dan tuang sedikit air. Kacau hingga rata. Biar hingga ayam empuk dan kering baru diangkat.