Ayam Masak Kerutuk

Ramuan / Bahan

60 ml minyak masak
1 bungkus kecil rempah kerutuk (dibancuh bersama 125 ml air)
1 sudu teh serbuk kunyit
½ ekor ayam (dipotong mengikut ukuran dikehendaki)
3 hiris santan sederhana pekat
Sedikit garam dan gula
1 keping asam gelugur
3 biji cili hijau
3 sudu besar kerisik Bahan-bahan hiris:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan dihiris hingga ia terbit bau. Masukkan bancuhan rempah kerutuk bersama serbuk kunyit. Biar hingga terbit minyak dan rempah garing sambil dikacau selalu. Masukkan ayam bersama lengkuas. Kacau hingga ayam sebati dengan rempah. Masukkan santan sederhana pekat bersama garam, gula dan asam gelugur. Kacau ia sebentar. Biar hingga agak mendidih dan kuah agak pekat. Masukkan cili hijau bersama kerisik. Kacau hingga ia sebati. Biar ayam empuk dan angkat.