Ayam Masak Kacang

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
150 gm kacang tanah
1 biji kelapa (2 ½ mangkuk santan)
Bahan Untuk Menumis:
Sedikit buah pelaga
Sedikit kayu manis
Sedikit bunga lawang
2 ulas bawang merah (dimayang)
Garam & serbuk perasa secukupnya. Digiling hingga lumat:
10 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar biji
3 biji buah keras.

Cara-cara

Ayam Dibersih Kemudian dipotong menjadi lapan potongan yang besar. Dibasuh & toskan airnya. Setelah itu gaul dengan garam serta serbuk kunyit kemudian digoreng terlebih dulu sehingga masak. Kacang tanah digoreng, setelah itu ditumbuk hingga lumat. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan penumis hingga kuning. Selepas itu masukkan bahan yang telah digiling bersama kacang tanah tumbuk serta santan. Bila mendidih masukkan ayam goreng tadi. Sesuaikan rasanya. Bila sudah pekat bolehlah diangkat.