Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Jawa

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam/burung puyuh
15 biji cili padi(tumbuk)
5 ulas bawang merah(tumbuk)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
1 biji bawang besar
sedikit halia(tumbuk)

2 batang serai(dititik)
2 biji limau kasturi
2 sudu bsr sos tomato
4 sudu bsr kicap
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Ayam digoreng terlebih dahulu.angkat dan toskan.

2. Tumiskan bhn yang telah ditumbuk,dan masukkan serai.

3. Setelah naik bau masukkan sos tomato.

4. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi.

5. akhir sekali masukkan air perahan limau, bawang besar, kicap serta garam dan gula secukup rasa.