Ayam Masak Bunga Kantan

Ramuan / Bahan

250g Isi Daging Ayam yang di potong nipis
½ cawan tepung jagung
1 sudu sos tiram
Minyak untuk mengoreng 2 kuntum bunga kantan
2 batang serai
10 biji cili api
4 helai daun limau purut
(dihiris halus)

1 kiub tomyam
½ cawan air
1 sudu madu asli
2 sudu sos mayonis

Cara-cara

Isi ayam diperap dengan tepung dan sos tiram selama 1/2 jam. Kemudian di goreng. Jangan terlalu garing.

Kurangkan minyak di dalam kuali kira-kira 2 sudu. Tumiskan serai, bunga kantan dan cili api.
Masukkan air tomyam, madu. Sudah mendidih masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika hingga sebati.Tutupkan api. Masukkan mayonis dan daun limau purut kacau sama rata.