Ayam Masak Buah Keras

Ramuan / Bahan

8 sudu besar minyak masak
2 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
1 ekor ayam dipotong empat
2 cawan santan pekat
Sedikit garam Bahan-bahan digiling:

5 tangkai cili merah
1 camca teh ketumbar
5 ulas bawang putih
2 cm kunyit basah
5 biji buah keras

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bahan giling.

Masukkan serai dan lengkuas, goreng hingga garing.

Masukkan ayam dan santan, masak hingga pecah minyak. Masukkan garam.