Ayam Masak Berserai

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (sederhana)
1 sudu besar serbut kunyit
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
6 biji buah keras
6 batang serai
Asam jawa sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk mengoreng dan menumis

Cara-cara

1. Ayam dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan dibersihkan.
2. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam hendaklah digoreng separuh masak.
3. Bawang kecil, bawang putih, halia, 4 batang serai dan cili kering hendaklah dikisar.
4. Buah keras ditumbuk lumat.
5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar berserta buah keras yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
6. Masukkan 2 batang serai yang dititik.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak.
8. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan biarkan beberapa minit supaya ayam masak sepenuhnya.