Ayam Masak Bersantan

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka)
2 cawan pati santan
Sedikit garam
Minyak untuk menumis Bahan giling:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
5 sm kunyit hidup
5 sm lengkuas
5 sm belacan
2.5 sm halia

Cara-cara

Ayam digaulkan dengan sedikit garam kemudian digoreng. Dalam minyak yang sama, tumiskan bahan giling hingga naik baunya. Masukkan santan. Bila telah mendidih masukkan ayam goreng tadi. Kacau perlahan-lahan bila ayam telah empuk barulah diangkat.