Ayam Masak Bamia

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
600 gm kacang bendi
3 sudu besar serbuk rempah daging
5 sm kayu manis
3 ulas bawang putih ]
4 labu bawang besar ]digiling halus
7 sm halia ] 1 tin kecil tomato puree
1 cawan minyak masak
1 tin susu cair
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Kacang bendi dibersihkan tanpa dipotong-potong. Kemudian gorengkan hingga layu sebiji-sebiji. Ayam dibersihkan dan dipotong-potong mengikut kegemaran masing-masing. Pijarkan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah digiling bersama kayu manis dan serbuk rempah. Setelah itu masukkan ayam, susu cair dan tomato puree. Bila telah agak kering masukkan kacang bendi, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Bila ayam sudah masak bolehlah diangkat.