Ayam Madras

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam dipotong 12 keping

Bahan untuk digiling:

10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 batang serai
3 tangkai lada hijau
2 tangkai daun bawang
1 biji tomato
30 gm kacang gajus
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ teh serbuk jintan manis 2 camca tomato puri
2 camca serbuk kari daging (semua bahan ini dibancuh dengan sedikit air)
½ tin susu cair
1 tangkai daun kari
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan
1 helai daun ketumbar
3 cm kulit kayu manis
1 camca minyak sapi

Cara-cara

Gaulkan ayam dengan garam, kunyit dan goreng.

Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan giling bersama bahan bancuh serta daun kari, bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis sehingga naik bau dan minyak.

Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.

Perlahankan api dan masukkan ayam. Kacau sehingga ia masak.

Taburkan daun ketumbar.Hidangkan bersama nasi tomato.