Ayam Lemak Nenas

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong 12)
4 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup 2 batang serai (dititik)
1 biji nenas (dibelah 4 dan potong sederhana tebal)
1 biji kelapa (ambil santan pekat 1 cawan dan santan cair anggaran 2 cawan)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa.

Cara-cara

Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
Basuh ayam dan masukkan ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan-bahan yang di kisar halus, cili kisar, serai dan santan pekat. Tutup periuk dan didihkan atas api yang sederhana.
Apabila mendidih masukkan nenas yang di potong-potong, santan cair, asam keping dan garam lalu di kacau sebati. Apabila kuah sudah pekat, angkat dan hidangkan.