Ayam Lemak Cili Padi

Ramuan / Bahan

1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian
2 liter pati santan
Garam dan serbuk perasa secukup rasa Bahan-bahan ditumbuk:
30 gm cili api
250 gm bawang besar
60 gm kunyit hidup
100 gm buah keras
90 gm serai

Cara-cara

Masuklah Bahan-bahan tumbuk serta sedikit air ke dalam periuk. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga kering. Setelah itu masukkan pati santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sambil dikacau hingga pekat dan sebati.