Ayam Lada Hitam Presint 11

Ramuan / Bahan

Setengah ayam (dikerat sederhana besar)
3 ulas bawang putih
setengah inci halia
5 biji bawang kecil
lada hitam
kicap manis
garam
gula
1 biji bawang besar dipotong bulat
minyak untuk menumis
1 cawan air
sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah (jika suka kuah pekat)

Cara-cara

1) Ayam dibersihkan.
2) Kisar bawang kecil, bawang putih, lada hitam, garam, gula dan kicap manis.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar td sehingga terbit minyak.
4) Masukkan ayam dan air. Biarkan mendidih.
5) Bancuh tepung dgn sedikit air dan dituang ke dalam ayam td. Biarkan sehingga sehingga pekat dan masak.
6) Taburkan bawang besar, masak sehingga bawang layu.
7) Sedia untuk dihidangkan.