Ayam Kurma Kuning

Ramuan / Bahan

¼ kg peha ayam
3 ulas bawang putih
1 sm kunyit hidup
½ cawan susu cair
1 labu bawang besar
2.5 sm halia muda
5 camca besar sos tomato
3 camca besar minyak sapi
3 camca besar rempah kurma 2 camca besar yogurt
3 kuntum bunga cengkih
3 sm kulit kayu manis
1 biji tomato
15 gm gula batu atau 1 camca kecil gula
½ camca besar serbuk lada putih
2 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Peha ayam dipotong empat bahagian, dibasuh dan toskan airnya. Bawang besar dimayang halus kemudian dibahagikan kepada dua, satu bahagian dimesin bersama halia dan bawang putih manakala satu bahagian lagi digoreng hingga kuning. Kunyit hidup dimesin berasingan hingga lumat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan sehingga layu kemudian masukkan kunyit hidup yang telah dimesin tadi. Masukkan rempah kurma, yogurt, susu cair, tomato sos dan campuran bawang yang sudah dimesin tadi. Kacau adunan sehingga sebati. Bila telah pecah minyak, masukkan peha ayam sambil digaul hingga rata. Masukkan gula batu dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dengan api yang sederhana sehingga masak. Taburkan bawang goreng ke atasnya bila dihidangkan.