Ayam Kurma Berempah

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam
3 sudu makan serbuk kurma
1 batang kulit kayu manis,bunga lawang
5 ulas bawang merah(ditumbuk)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 biji cili padi(ditumbuk)
minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
sedikit gula
sedikit bahan perasa
sedikit air

Cara-cara

-panaskan kuali dan goreng ayam yang telah diperapkan dengan garam dan kunyit.
setelah masak, angkat dan ketepikan.
-Panaskan sedikit minyak, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis.
-masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi,tumis hingga garing.
-selepas itu,masukkan cili padi yang telah ditumbuk.
-masukkan rempah kurma dan tambah air jika perlu.
-masukkan gula,garam & bahan perasa secukup rasa.
-masukkan ayam dan kacau.
-setelah mesra,angkat dan hidangkan.