Ayam Kesturi

Ramuan / Bahan

3 kg ayam
15 biji buah limau kesturi
6 biji buah tomato
4 cm halia
2 biji bawang besar
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili merah 4 tangkai cili hijau
3 sudu besar minyak
1 camca teh serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh gula
8 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
Sedikit garam

Cara-cara

Bersihkan ayam dan dipotong mengikut suka.

Gaulkan bersama garam, lada sulah dan air limau kesturi. Perap selama 30 minit.

Bancuh serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih bersama sedikit air.

Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga kuning.

Masukkan bawang besar, kulit kayu manis,buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kacau lagi.

Kemudian masukkan bancuhan rempah. Kacau hingga rata.

Masukkan ayam. Kacau atas api sederhana. Masukkan cili merah dan cili hijau.

Biarkan mendidih selama lima minit. Kemudian masukkan gula dan tomato. Apabila keluar minyak, angkat.