Ayam Kelio

Ramuan / Bahan

600 gm ayam
2 batang serai
5 helai daun salam
2 cawan santan
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar:

10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
10 biji cili merah
3 cm kunyit hidup

Cara-cara

Bersihkan ayam dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.

Masukkan ayam dan gaul dengan bahan tumisan dan biarkan seketika di atas api kecil hingga jus ayam keluar.

Masukkan daun salam dan serai.

Masukkan santan, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih sebentar.