Ayam Kampung Panggang

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam kampung (dipotong empat)
Sejambak daun salad
2 biji lemon
2 biji cili merah 2 biji limau purut
1 jambak batang serai
1 cawan minyak masak

Cara-cara

Bersihkan ayam terlebih dahulu. Bakarkan dengan menggunakan kayu arang, selama kira-kira 20 minit. Renjiskan minyak menggunakan serai sewaktu sedang membakar ayam. Balik-balikkan, sebelum boleh dihidang di atas pinggan bersama daun salad, lemon, cili merah. Perahkan limau nipis ke atas ayam panggang untuk menambahkan keenakan rasanya.