Biskut Manik

Ramuan / Bahan

280 gm tepung gandum
2 camca teh serbuk penaik
100 gm gula kastor
250 gm mentega 50 gm coklat masakan (cincang)
4 biji kuning telur
2 camca teh esen vanila
1 peket coklat M&M

Cara-cara

Campur tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.

Masak gula, mentega dan coklat di atas api kecil. Kacau sehingga mentega dan coklat cair tetapi jangan terlebih masak.

Masukkan telur dan vanila. Masukkan pula campuran tepung. Kacau sehingga rata.

Simpan adunan di dalam peti sejuk selama sejam.

Masukkan coklat M&M dalam adunan. Gaul rata. Simpan semalaman dalam peti sejuk.

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Sapu minyak pada dulang pembakar.

Bentuk doh seperti bebola kecil dan susun pada dulang pembakar.

Bakar selama 10 - 15 minit.