Ayam Kampung Masak Merah Special

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam kampung - dipotong 8 dan digoreng separuh masak

Bahan tumis:
Bawang putih dimayang halus
Bawang merah dimayang halus
Cili kering yang dikisar halus
Sos cili
Cuka
Sedikit gula
Sedikit garam
Kacang peas dlm tin
Bawang besar dipotong bulat

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah hingga naik bau. Masukkan sedikit garam.
2. Masukkan cili kering yang dikisar halus. Guna api sederhana. Tambah sedikit gula.
3. Tunggu hingga cili garing dan berkilat. Masukkan ayam kampung yang digoreng tadi. Gaulkan hingga mesra.
4. Masukkan kacang peas dalam tin. Gaul lagi.
5. Setelah ayam dan kacang peas betul2 mesra, masukkan pula bawang merah yang dipotong bulat2. Biar sebentar. Tutup api.
6. Sedia dihidang.